Skip to content

Jom Sembang Buku: Aku Berdosa

Tajuk buku: Aku Berdosa – Pembunuh berusia 12 Tahun

Penerbit: Blink Book Sdn Bhd

Jumlah Halaman: 112 mukasurat

Penulis: Rashiela Nurain dan Shaya Ali

Penulis Blank Book
Buku: Aku Berdosa

 

Allah… Sesak nafas baca buku ini. Tahan punya tahan, pecah juga empangan air mata.

Selalu baca di dada akhbar tentang kes-kes juvana. Hanya mampu geleng kepala. Selalu doa, minta Allah jauhkan anak-anak dari kejahatan manusia, jin dan syaitan.

Hakikatnya, hati sentiasa bimbang…

Tahniah kepada penulis BLINK Book Rashiela Nurain dan Shasya Ali Blink. Kalian memang OARSOME!  Gaya penceritaan yang menyeronokkan. Bab pertama saja sudah cukup memancing supaya menghabiskan bacaan.

    Karya thriller remaja terbitan BLANK BOOK

Penulis Shaya Ali adalah seorang peguam. Kisah ini adaptasi dari kisah benar seorang banduan di Sekolah Henry Gurney.

Kawan-kawan, kalian boleh letak buku ini dalam senarai buku-buku untuk bacaan anak-anak kita. Memang buku ini mensasarkan pasaran remaja. Misi untuk mendidik tanpa mengajar-ajar dengan pendekatan yang lebih mesra dan sekepala dengan mereka. Semua pun sedia maklum, fasa remaja adalah paling mencabar, paling ‘rebel’ dan hormon menjentik rasa ingin tahu yang sangat tinggi.

Banyak pengajaran yang disampaikan melalui penceritaan. In sya Allah akan meresap ke dalam sanubari anak kita.

Teha, anak gadis saya yang berumur 6 tahun belum fasih lagi membaca. Tetapi melihat desain kulit buku, sudah meminta untuk baca.

“Ibu, mana buku budak ‘peranja’ tu?”

“Peranja?”

“Alaaa.. Buku yang ibu baca tadi. Buku ‘peranja’ tu???”

“Mana? Yang ni?” (sambil tunjuk buku)

“Haaa.. Yang ini lah.”

“Ini bukan peranja, Teha. PENJARA!”

“Ooooo.. Peranjaaa.”

-_-

Hampir 10minit ibu betulkan perbendaharaan kata. Siap bagi sinopsis. Tak mengapalah. Asalkan daftar perkataan yang betul dalam sel-sel otak.

Akhir kata, saya kuat menyarankan supaya ibubapa belikan buku ini sebagai bahan bacaan untuk anak-anak. Semoga bermanfaat.

Salam hujung minggu…

 

Published inJom Sembang

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: