Skip to content

Komik GAZA

 

Komik 108 mukasurat setiap satu, mengisahkan tentang perjuangan seorang hero remaja yang mahu mengembalikan Palestin menjadi sebuah negara Islam yang berdaulat. Ia penuh dengan sejarah pencerobohan Israel, perjuangan rakyat Palestin dan pengajaran besar buat pembaca komik ini.

Sinopsis Komik Gaza 1

Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin – memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.

Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.

Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.

Tapi…siapa?

Dan kenapa?

Sinopsis Komik Gaza 2

Hidup Arab! Jatuh Turki!
*
Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.

Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.

Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat.

Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah.

Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain?

Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?

Sinopsis Komik Gaza 3

“Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah?

Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?”

Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II, tanah suci Palestin terlindung daripada pelbagai ancaman luar yang memerhati.

Namun, dalam diam, ada komplot jahat yang sedang dirancang musuh bagi menggulingkan khalifah berwibawa tersebut.

Apakah yang akan terjadi kepada Palestin sekiranya iakehilangan penjaga yag selama ini menghalang kemaraan pihak musuh?

Sinopsis Komik Gaza 4

“Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku – Yahudi, dan negara itu ialah Palestin.”

Semenjek Sultan Abdul Hamid II digulingkan, tanah Palestin telah hilang pelindungnya. Pihak British mula memainkan strategi licik bagi memenangi perang dunia pertama ketika itu – dengan menjanijikan tanah Palestin sebagai ganjaran.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, bukan sahaja Zionis yang mahu tanah Palestin, tetapi juga bangsa Arab yang selama ini menentang Empayar Uthmaniyah.

Adakah muslihat British itu berjaya?

Published inEjen Dropship BlinkInspiring StoryJom Baca Buku

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *