Skip to content

Tag: sharing session

Jalan keluar dari kemelut ekonomi fasa pandemik covid-19

Assalamualaikum tuan-tuan,

Saya terkesan dengan ramainya sahabat-sahabat kita dilanda kesulitan akibat pandemik COVID19 dan masih mencari-cari jalan keluar. Oleh itu, saya ambil inisiatif ini untuk memberikan tuan-tuan pilihan memulakan perniagaan di shopee. Saya bukanlah sifu bisnes dan masih belajar / bereksperimen dengan marketing tool di applikasi shopee ini.

Alhamdulillah.. saya berjaya memperolehi pendapatan konsisten 4 angka setiap bulan menerusi shopee. Jadi ilmu yang sedikit ini saya mahu kongsikan kepada tuan-tuan. In sya Allah, cukup untuk tuan jadikan bekal sebelum tuan-tuan ambil kelas yg lebih advance dari sifu-sifu yang lebih hebat. Sebab kalau join kelas-kelas shopee advance dengan dada kosong, dikhuatiri tuan lebih banyak melopong. Banyak fungsi dalam shopee yang sebenarnya mudah tetapi memerlukan tuan untuk praktis terlebih dahulu.

“Apa yang saya akan dapat dari kelas ini?” 

Jangan risau, saya takkan buang masa tuan-tuan dengan pengenalan panjang berjela mahupun perkongsian kejayaan. Saya seorang yang praktikal. Jadi saya sasarkan selepas kelas ini, anda akan berjaya buat perkara berikut:-

  • Masukkan sekurang-kurangnya 5 produk dalam shopee.
  • Buat 3 zero cost marketing.
  • Join kelas shopee advance dengan pengetahuan asas, pengalaman eksperimen fungsi system di shopee dan tanya soalan yang betul.
Kelas-one-to-one-bersama-Tuan-Asrol
Kelas-one-to-one-bersama-Tuan-Asrol menggunakan applikasi google meet sahaja.

Yuran hanya RM10, namun kami masih beri kelonggaran mengikut situasi semasa. Maklumkan sahaja kepada kami jika tuan-tuan mahu waive yuran ini.

Apa kata peserta kelas shopee asas ini.

“Saya tak ada produk nak jual. Saya tak tahu apa nak jual!”

Saya akan tunjukkan contoh produk yang boleh dijual dan bagaimana nak pilih produk yang berbaloi untuk dijual.

“Ok, saya berminat.”

Tuan-tuan boleh klik link wassap berikut: https://KelasShopeeMN.wasap.my

Nanti ada sahabat saya yang akan santuni tuan-tuan untuk pendaftaran, penerangan dan persediaan sebelum kelas. Saya tidak tetapkan tarikh kelas sebab terpaksa mengikut keadaaan semasa. Tapi hari dan waktu, kita cuba ikut seperti yang dirancangkan.

Akhir kata, saya mendoakan tuan-tuan beroleh jalan keluar sekaligus mencapai kejayaan demi kebahagian rumahtangga dan anak-anak. Sama-sama kita berdoa agar kemelut pandemik covid-19 ini segera berakhir dan ekonomi kembali rancak seperti dahulu.

Wabillahitaufik…..

Leave a Comment

Ergometre is HELL ~ Sharing session with Musaddiq

 ERGOMETER IS HELL 

Aku tergelak sakan bila Musaddiq ulang hampir 11 kali frasa ni malam tu. Untuk pasukan mendayung UiTM yang baru dibina semula, aku bawakan senior mereka yang pernah sama-sama menaikkan sukan mendayung di universiti ini.

Berkongsi momen-momen ketika beliau mencari erti kehidupan di kampus, Musaddiq memilih sukan ROWING apabila dia sedar universiti bukan semata-mata baca buku dan lulus peperiksaan dengan CGPA yang bagus.

“Kawan aku berbangsa cina bagi nasihat. UNIVERSITI ADALAH TEMPAT UNTUK KAU EXPLORE! Jadi aku main rowing.”

Untuk pengetahuan kalian, Musaddiq memang mahasiswa ulat buku. Setiap semester tak pernah gagal mendapat ANUGERAH DEKAN. Tetapi dia tak pernah puas dengan pencapaian itu. Seorang yang cepat bosan, lalu dia buat kerja gila dengan terlibat dengan sukan yang sangat menuntut komitmen tinggi iaitu rowing.

UiTm Rudern
Siap sedia untuk perlawanan akhir

Aku paling terkesan apabila Mussadiq berkata,

“1 semester main rowing rasa macam 2 tahun.”

Dalam hati aku terdetik, apakah? Takkan sengsara sungguh main rowing ya?

Kemudian Musaddiq menyambung, “Dua semester pertama aku rasa singkat. Langsung tiada memori yang bermakna. Tetapi 1 semester main rowing, pengalaman yang dikumpul sangat banyak. 1 semester itulah terhimpun 2 tahun jumlahnya pengalaman berharga!”

Men Coxed Eight Rowing
Semasa pertandingan Uniten Invitatonal Rowing Championship 2010

Ketika saat-saat genting dengan peperiksaan dan hari perlumbaan MASUM dan Varsity Boat Race yang semakin dekat, Musaddiq sanggup mengadap semua pensyarahnya meminta supaya ujian-ujian kelas dikumpul pada minggu yang sama dan menjawab set soalan baru bersendirian.

“Semuanya demi rowing. Aku tahu semuanya akan baik-baik sahaja, asalkan ada perancangan masa yang bagus dan jaga hubungan baik dengan pensyarah.”

Cabaran mengimbangi kegiatan sukan dan kecemerlangan akademik sangat membantu Musaddiq dalam alam pekerjaan.

“Tak apa lah tak dapat selempang diraja masa konvo. Tapi aku puas!”

Musaddiq membina keyakinan diri dengan terlibat dalam sukan. Dia tak mahu jadi ulat buku yang cemerlang dalam peperiksaan tapi bila keluar ke dunia sebenar, tenggelam. Berdepan dengan CEO syarikat semasa sesi temuduga, terus terkunci mulut.

Aduhai! Banyak lagi perkongsian yang awesome dari Musaddiq.

Lain kali aku kongsikan pengalaman Musaddiq menyertai EKSPEDISI KE GREENLAND yang membuatkan junior-junior terpegun dan teruja. Begitu juga pengalaman tetamu kedua kami, Saddiq ketika KEMBARA SOLO JELAJAH NEW ZEALAND beliau. Aku plan nak temuramah mereka nanti.

 

Leave a Comment