Skip to content

Tag: mistik

Munculnya Dajal Al-Masih

DAJAL
.
Hari ini hari Jumaat, hari penuh berkat.
Selalu kita dengar, ustaz ustazah sarankan agar membaca Surah Al-Kahfi bagi mengelak fitnah Dajal.
.
Namun adakah anak-anak kita tahu apakah itu Dajal? Atau lebih selalu disogok dengan cerita alien dan zombi Kampung Pisang?
.
Padahal dalam Islam, sudah diuar-uarkan… perkara besar yang akan berlaku sebelum kiamat adalah –
.
MUNCULNYA DAJAL!
.
Inilah contoh kisah yang perlu diberitahu kepada anak-anak. Inilah cerita yang membawa keinsafan, ilmu pengetahuan juga membuatkan mereka menyedari betapa pentingnya membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat bagi mengelak fitnah Dajal.
.
Buku ini ditulis dalam bentuk fiksyen, tentang watak Nubhan… seorang remaja yang hidup di zaman Dajal dan melihat bagaimana:
.
🔥 Dajal itu mempunyai sihir yang amat hebat, mengaku dirinya Tuhan.
🔥 Boleh menukarkan tanah menjadi emas
🔥 Boleh menurunkan hujan dari langit
🔥 Boleh menyuburkan tanaman
🔥 Mampu menghidupkan orang mati
🔥 Mempunyai mata kiri yang terkeluar-keluar dagingnya berkutil seperti gugusan anggur.
.
Begitulah hebatnya fitnah Dajal! Hanya orang yang ada iman dalam dada akan tahu si Dajal adalah Tuhan palsu. Manakala kaum yang ingkar akan terpesona dengan segala kesenangan yang dibawanya.
.
Maka marilah kita ajak anak-anak di rumah membaca buku tentang kisah Dajal. Ditulis dalam bentuk fiksyen supaya remaja (10 tahun hingga 17 tahun) mudah faham. Namun setiap fakta digarap menurut hadis sahih tentang Dajal.
.
Jumaat yang berkat ini, jangan tunggu lagi. Dapatkan novel ilmu MUNCULNYA DAJAL pada harga RM12. Dapat pula 1 novel percuma yang lain.
.

Nak beli, singgah sini: Ejen Dropship BLINK

Leave a Comment

Kisah “Puaka” bakal diadaptasikan sebagai Komik

Sang editor menerjah peti mesej dengan pesanan bertalu-talu. Ada berita baik gayanya. Sebaik peti mesej dibuka…..

“Sudah jumpa!”

Itu ayat pertama beliau, kemudian beberapa contoh lakaran watak utama dikongsikan. Wahhhh… hati saya sudah terkinja-kinja melompat dan menari keterujaan! Selanjutnya, sang editor yang berdedikasi terus bertanyakan pendapat saya sebagai penulis cerita. Sekaligus mendapatkan persetujuan untuk projek kolaborasi. Ini kali pertama saya ditawarkan dengan kerjasama dengan pelukis komik bagi projek adaptasi. Bagai mimpi jadi nyata!

Watak Zaaban

Lakaran watak Zaaban iras seorang pelakon drama. Tapi saya tak ingat namanya. Sesuai dengan umurnya pertengahan 20-an dan seorang guru agama yang baru sahaja mempelajari ilmu rawatan islam. Pengalaman baru setahun jagung, sangkanya hanya mahu mengimbas dan menghalau gangguan ringan di rumah ibunya. Siapa sangka… jeng jeng jeng.. mana boleh cerita. Spoil lah nanti. Hahahah…

Watak Jais

Lakaran watak Jais pula adalah seorang lelaki kurang siuman yang berumur lewat 30-an. Kusut masai, gigi kuning berkarat dan berbaju lusuh dengan kulit berkerak daki tebal. Ditambah pula dengan bau hapak, entah bila kali terakhir beliau mandi. Sungguhpun Jais gila, tetapi apabila dia merampas mikrofon dari bilal dan melaungkan azan… aduhai! Mendayu-dayu dan menyentap sanubari paling dalam. Tetapi bila dia sambung dengan lagu “Gelisah” dendangan Ahmad Jais, habis satu kampung gempar!

Salah satu babak cemas dalam novel

Kolaborasi ini takkan jadi realiti tanpa kesungguhan dari pelukis. Berbunga-bunga rasa hati apabila si Pelukis Komik yang budiman ini menghadiahkan saya komen yang mengujakan. Siapa sangka ada orang yang sedar tentang nilai di sebalik kisah seram + komedi yang saya garap dalam novel ini. Kata beliau,

“Feel seram tapi bermakna, misteri tapi berpijak pada dunia nyata. Cerita yang baik adalah cerita yang tak disangka endingnya.

Rupa-rupanya dia telah berulang kali membaca novel ini dalam usaha mendapatkan rasa dan perisa bagi mencambahkan idea. Syukur… saat paling bermakna bagi seorang penulis adalah apabila ada pembaca yang mahu berkongsi imaginasi dan pemahaman dari novel yang dibaca. Phewwww… tak terkata.

Kalian yang belum memiliki naskah ini, boleh sahaja dapatkan di toko-toko buku berhampiran. Dalam carta toko buku, POPULAR.. novel ini berada di tangga 16. Boleh juga berurusan terus dengan wakil kami. Klik sini: http://www.wasap.my/601132933644/PulangkanKembarPuaka

 

Leave a Comment

Keris Long Leh – terbang mencari waris

Syauqie M.K

RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 9789830977058

Tahun terbit: 2018, Buku Puris

Jumlah muka surat: 248 (tidak termasuk kulit)

Siapakah waris sebenar, waris yang layak memiliki keris pusaka berlok lima ini? Kenapa Aminuddin berani cari pasal menyimpan keris yang mempunyai pantang larang? Kenapa Pak Long sendiri tidak menghalang entiti yang cuba menguasai jiwa yang lemah? Benarkah keris ini memilih sendiri warisnya, harus diserah secara rela atau senjata ini akan menjadi tawar? Hilang keampuhannya.

Membaca buku Keris Long Leh, aku mendapat perasaan yang sama ketika membaca buku Siri Bercakap Dengan Jin oleh penulis Tamar Jalis. Keterujaan serupa ketika mengulit naskah Saga Twilight, tulisan Stephanie Meyers. Ataupun debar yang sama ketika membaca novel-novel vampira karya Christopher Pike ketika zaman-zaman remaja dulu.

Membuak-buak keinginan mahu menjejak kewujudan hero. Terasa watak begitu hidup. Jalan cerita sudah tentulah jauh berbeza namun gaya penulisan dari sudut pandang pertama benar-benar menghidupkan watak. Kekuatan dan kelemahan sang hero bersebati dalam penceritaan membuatkan emosi turun naik.

Alhamdulillah.. Garapan dan jalan cerita yang lancar, cliff hanging setiap bab sangat mengujakan. Aku suka bab pertarungan di gelanggang mahupun di dimensi mimpi. Elemen, dialog dan babak pertarungan membuatkan darahku menggelegak. Maklumlah bekas anak gayong, pantang dicabar. 😅😅😅

Aku suka suspen yang dicipta berkenaan pewaris. Walaupun penamatnya sudah dijangka tetapi elemen kejutan itu buat aku goyang pendirian. Debar dan segar.

Aku suka ketidaksempurnaan watak Aminuddin. Sangat dekat dengan norma masyarakat.

Aku suka dengan peringatan dan ajakan kesedaran beragama yang diselitkan, tidak terlalu mengajar-ngajar.

Aku suka dengan unsur tahyul dan khurafat yang menambahkan unsur mistik dan suspen dalam kisah ini.

Aku suka dengan garapan watak sang isteri yang diberikan peranan penting lagi signifikan.

Tahniah tuan penulis. Aku rasa terhibur sekaligus ditiupkan tazkirah yang lembut menyusup.

Aku berharap dapat menulis sebaik ini suatu hari nanti.

Tahniah Tuan Amin.. eh Tuan Syauqie! Mudah-mudahan karya tuan menjadi saham akhirat yang mampu mengajak manusia ke arah kebaikan. Mudah-mudahan buku tuan laku keras dan diulang cetak berkali-kali. Mudah-mudahan terus malar segar lewat dekad dan abad.

Amin ya rabal alamin….

2 Comments

Jom Sembang Buku: Puaka Pejabat

Segala pujian-pujian buat Yang Maha Esa dan syukur atas limpah dan rahmatnya.

Alhamdulillah.. seperti mana pengumuman yang saya  buat di dalam facebook minggu lepas (klik sini) buku pertama saya telah siap dicetak di bawah penerbitan yang terkenal dengan penghasilan buku sai fai dan fantasi iaitu Penerbit-X. Memang ceria sepanjang hari bila terima kotak kiriman buku-buku tersebut.

Selangkah ke arah mencapai impian sebagai Penulis Thriller Remaja – Bestseller! (Aminnn….)

Sebenarnya impian menulis ini sebenarnya telah bermula sejak kecil, namun hanya sekarang barulah impian ini tercapai. Walaupun buku ini sekadar antologi (baca: hantulogi) hasil gabungan tiga penulis saya tetap berpuas hati.  Saya menulis kisah Selendang Merah yang diilhamkan dari kisah benar yang diceritakan oleh kawan-kawan. Kemudian saya tambah sedikit lada sulah dan garam, supaya ceritanya lebih enak dibaca. Tambahan pula, tuan editor Zaki Zainol mahukan konsep cerita seram + komedi, atau acronyms nya adalah seramedi. Maka saya campak bunga lawang dan tumis bersama cili dan bawang. Hasilnya, alhamdulillah… editor puas hati. Sekarang berdebar menanti respon pembaca pula.

 Saya anggap buku ini sebagai teaser, pembuka kepada karya-karya saya selepas ini. Saya  memang mahu fokus pada genre thriller tetapi cabaran menulis novel seram ini saya sambut sebagai latih tubi mengasah kemahiran mengarang dan imaginasi. Dan sudah tentulah saya masukkan unsur-unsur thrill supaya pembaca ikut merasa debarnya.

Komen dari tuan editor banyak membantu melancarkan jalan cerita dan menghidupkan watak Hafiz dalam cerita ini.

Penerbit-X mahu mensasarkan pembeli dari golongan remaja. Oleh itu watak utama dalam cerita ini iaitu Hafiz sedang menjalani latihan industri manakala heroin cerita ini, Sarah seorang junior executive dalam sebuah syarikat konglomerat yang terkemuka di Lembah Kelang. Kisah puaka mengamuk di pejabat mereka bermula apabila ada entiti menyahut tangisan derita yang memanggil-manggil roh yang telah lama terbang meninggalkan jasad.

Sebuah kehilangan tidak boleh diganti dengan percuma. Ada galang gantinya. Bila ia melibatkan satu lagi nyawa, takkan mahu pejam sebelah mata. Lebih-lebih lagi nyawa yang terancam adalah belahan jiwanya.

Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku yang popular. Namun jika kalian mahukan yang eksklusif bersama autograf penulis, bolehlah tinggalkan komen di bawah.

Terima kasih atas sokongan kalian.

Selamat melayari misteri di dimensi mereka…

 

 

 

Leave a Comment