Skip to content

Category: Uncategorized

Ever wanted to be on ESPN SPORTSCENTER? Here is your chance at a Dream Job!

Get a chance to land yourself a Dream Job Offer!
EVER WANTED TO BE ON ESPN SportsCenter?
AUDITION NOW!
TOP 10 commentators shortlisted by ESPN STAR Sports
will be interviewed via Skype video calling.
Winner gets to present a segment
on SportsCenter Asia.*

How to take part in the auditions:
1) Log on to http://www.starcommentator.com/
2) Get creative and Audition now!

p/s: wanna try?

Leave a Comment

Cerita Pendayung sampan

Sebuah cerita pengajaran yang aku petik dari kiriman email seorang teman. Sudah beberapa kali menerima email yang sama namun tergerak utk aku posting di sini kerana ianya menarik.

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidakbanyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,”Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

” Tanya Professor itu. “Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Pengarang: Anonymous

Apakah pengajaran (moral of the story) yang boleh disimpulkan?

1 Comment

Hujung Minggu

Waktu yang dinanti-nanti oleh semua. Waktu berehat. Waktu santai. Waktu bahagia untuk diluangkan bersama keluarga. Menikmati sarapan bersama Leo, anak, ibu mertua dan ipar duai. Hubungan yang rapat sentiasa disulami makan-makan, ziarah-menziarahi, cuci mata di Maju Junction, Jalan TAR, Subang Parade dan Ampang Park. Kadang-kadang sesat juga ke Pavilion menyelusuri kaki lima menjeling-jeling produk berjenama bersama harganya. Pantang juga ada promosi makanan yang enak-enak di restoran terkenal, kami tidak ketinggalan mencubanya seperti Cozy Corner di Ampang Park. Atau Restoran Anjung Merah di Subang, U3.

Pun begitu, benakku masih juga memikirkan hal anak-anak dayung. Seumpama ada ruang-ruang lompong yang minta diisi. Apatah lagi apabila topik perbualan sudah bukan tarikan dan perhatian aku. Ada sahaja persoalan yang menerawang minta diperhalusi. Jika begini, bagaimana ya? Jika begitu, apa pula harus kulakukan. Setiap wajah dan setiap tingkahlaku anak-anak dayung mengisi memoriku. Walhal, minggu-minggu sebelumnya sudah ku luangkan bersama-sama mereka.

Syukur juga mertuaku seorang yang memahami. Walau dalam diam aku sedar ada protes menggunung di dalam dirinya, tetapi tidak pula dia cepat melatah. Sekali-sekala ada juga disampaikan mesejnya melalui Leo, aku cernakan dan ku terima. Selebihnya, keluarga bersikap menyokong malahan turut serta menghantar ku ke dam. Sementara aku mengajar, mereka sempat pula mencuri masa ke Genting Highland.

Aku cemburukan masa dan jarak yang memisahkan kerana aku ingin sentiasa berada bersama mereka tanpa mengabaikan keperluan keluarga. Juga tuntutan kerja dan pencarian ilmu. Leo sering juga menyindir aku yang terkejar-kejar memenuhi nafsu kerja dan cita-cita. Terlalu banyak yang kukendong katanya. Bakal cepat tua. Jangan ada yang keciciran nanti. Sindirannya kadang-kadang keras, kadang-kadang dengan seloroh. Penerimaan aku kadang-kadang membentak, kadang-kadang memujuk mohon diberi sokongan.

Aduh… mohon kekuatan!

Leave a Comment

Ha.. Ha.. Ha….

Kembali rasional.. tajuk utama kontroversi KOAM…

Ingatkan dah berpolitik bertahun-tahun, tahu cara mengendalikan tekanan. Maklumlah… dulu masa jadi menteri besar semua manis belaka. Kentut pun bau wangi. Yang bawah, yang kiri dan yang kanan dok pulun mengipas. Tiada kritikan. Tidak pernah ditegur. Boleh lupa diri sekejap.

Jangan ingat orang boleh lupa sekelip mata respon anda yang kontroversi mengalahkan artis saman berjuta-juta ringgit bekas teman lelaki VIP yang mungkir janji daripada berkahwin dengannya. Baru juga saya perasan, gambar kemesraan bersama atlet Noraseela Khalid bukti kasih-sayang terhadap anak emas tidak berbelah bagi… Ha.. Ha.. Ha…

Seketika terdetik juga rasa keinsafan di hati. Resam Melayu bila sudah berada di atas. Lagi-lagi yang berada di atas itu pula berjaya dengan memijak-mijak kepala, kaki dan badan orang lain. Kesenangan yang diperolehi dengan mudah buat manusia senang lupa diri. Malah beranggapan wang mampu membeli harga diri dan kesetiaan seseorang. Gelap pandangan, gelap pertimbangan.

Benarkah kita tidak boleh lari dari rasuah? Benarkah wang itu segala-galanya? Oh! Segala-galanya boleh dibeli dengan wang. Tetapi wang tidak boleh membeli segala-galanya.

1 Comment

Ada member lepas geram…..

Mana boleh tahan kena tibai atas bawah depan belakang…. panggil media bantai balik! Salahkan MSN, salahkan pegawainya! Tuding jari ke sana.. tuding jari ke sini. Menggeletek kepanasan macam duduk atas bara api. Tapi bila tanya pasal siasatan SPRM terkunci lidah…???

“Masa dapat lebih 15 pingat emas di Korat dulu tidak pula highlight. Ini bila tidak capai target kurang 5 emas di Laos, seronok dia membantai kita.”

Aku tergelak menyaksikan asam garam dunia sukan yang dipolitikkan. Menggelinjang! Siap nak ajak bertomoi…. hehehe…

Sudah-sudahlah tu….

Leave a Comment

Perlukan kamera digital….

Menulis dan menerbitkan artikel di blog ini tanpa gambar seperti masak lemak tanpa garam… seperti meneguk sirap meru (sirap suam, merahnya jernih istilah yang dipinjam dari mak anjang). Jadi mahu tidak mahu aku mesti mendapatkan kamera digital.

Mungkin juga ini alasan untuk menyedapkan hati sendiri kerana tidak konsisten menulis di blog. Sedang fikiran aku selalu berputar-putar mengelilingi hidupku. Sewajarnya ia ditumpahkan ke laman ini supaya kemahiran menulis yang tumpul dapat di asah.

Esok, kem latihan di Batu Dam pertama untuk tahun 2010. Permulaan yang agak perlahan. Manakan tidak, UTMKL sahaja yang bakal berkampung. Anak-anakku di UTMJB tidak dapat hadir kerana konflik pengurusan. Aku kira bajet menjadi hal. Presiden kelab sudah menghubungi aku memaklumkan komitmen. Mereka bilang elaun latihan bukan menjadi keutamaan. Sanggup sahaja mereka berkorban. Ada bas mereka datang. Semangat mereka untuk merampas kejuaraan di Sukan MASUM nanti daripada UTHM menjadi azam. Aduh! Terharu menyaksikan kesungguhan mereka. Tidak mengapalah anak-anak! Minggu ini terlalu suntuk untuk pengurusan pengangkutan dan penginapan. Kita usaha minggu depan, ya!

Esok juga ada temujanji dengan Tuan Syafiq dan rakan-rakan baru. Kerdil rasa diri membandingkan diri dengan mereka. Sudah aku persiapkan profail diri dan draf dijilidkan sempurna agar mudah Tuan Syafiq meneliti hasil kerjaku. Jemputan ini sudah cukup gah bagi diriku dan menolak semangatku terus tinggi supaya gigih berusaha sehingga selesai.

Adakah Januari ini dapat aku lunasi tekad dan sasaran? Insya’ Allah

Leave a Comment

Program Latihan 2010 & Talent ID

Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan program latihan bagi tahun 2010, silalah email kepada saya di bonzerd79@yahoo.com. Program latihan saya bukanlah yang terbaik tetapi memadai untuk panduan anda terutama kepada pasukan universiti yang masih tercari-cari rentak.

29hb Dec ini saya akan bersama pendayung UiTM bagi membantu mereka menjalankan program talent-ID di Fakulti Sains Sukan. Protokol yang biasa dilakukan dalam pencarian bakat adalah mendapatkan rekod peribadi peserta, menjalankan ujian ergometer 100m dan 500m serta merekodkan ketinggian/berat pelajar. Sasaran Pendayung UiTM, Senior Iwan adalah pelajar-pelajar baru yang mendaftar sepanjang minggu tersebut.

Kumpulan kedua persediaan sukan sea 2011 pula melapor diri pada 30hb. Kali ini saya berpeluang membantu dan hadir pada 2hb dan 3hb Jan 2010. Seperti yang telah diwar-warkan dalam berita sejak penutupan majlis sukan sea LAOS, Sukan Sea 2011, Bandung, Indonesia akan diadakan lebih awal iaitu pada bulan Jun 2011.

Masa ini difikirkan sesuai dan memberi sedikit kelebihan terutama pada pelajar universiti kerana pada masa tersebut adalah cuti semester. Pendayung yang masih menuntut bebas dari beban tugasan, kuliah dan juga peperiksaan. Tumpuan dapat diberikan 100%. Berbanding jika dilaksanakan pada bulan september, pendayung/mahasiswa berdepan dengan risiko ketinggalan kuliah dan penjadualan semula peperiksaan.

Sebelum mengundur diri, tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Dedeq & Shahir. Tak lupa pada Afong a.k.a Nurul Ain & Faisal atlet mendayung kebangsaan. Semoga selamat dan berbahagia ke akhir hayat melayari bahtera perkahwinan. Amin….

1 Comment

Power of Money,By Adam Khoo

Moderator: Another inspiring article for your reading.

( Singapore ‘s youngest millionaire at 26 yrs.)

Some of you may already know that I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia , Indonesia , Thailand and Suzhou ( China ). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.

Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, ‘How come a millionaire like you is travelling economy?’ My reply was, ‘That’s why I am a millionaire. ‘ He still looked pretty confused.

This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I wrote about in my latest book ‘Secrets of Self Made Millionaires’ ). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the moment that earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.

The truth is that most self made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster.

Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I have my wife, mother in law, 2 maids, 2 kids, etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if they are lucky).

I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. However, I happily pay $1,300 to send my 2 year old daughter to Julia Gabriel Speech and D ram a without thinking twice.

When I joined the YEO (Young Entrepreneur’ s Orgn)a few years back (YEO) is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self made thought like me. Many of them with net worth well over $5m,travelled economy class and some even drove Toyota ‘s and Nissans,not Audis, Mercs, BMWs..

I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers’ and tycoons’ sons in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family’s wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation.

Thank God my rich dad foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.

Then some people ask me, ‘What is the point in making so much money if you don’t enjoy it?’ The thing is that I don’t really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last.

Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life..

Instead, what makes me happy is when I see my children laughing and playing and learning so fast. What makes me happy is when I see my companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries.

What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired some one’s life.

What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this blog is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.

I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life’s work (be it teaching, building homes, designing,trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product. If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaninglessness.

Leave a Comment

SEARF Rowing Championship 2009

Tarikh: 14 – 19hb Oktober 2009
Tempat: Mabprachan Reservoir Regatta Course, Pattaya, Thailand
Penginapan: The Green Park Resort, Pattaya, Thailand

Thailand telah menawarkan diri menjadi tuan rumah bagi menganjurkan 12th SEARF Rowing Championships 2009 pada 14 – 18 Oktober 2009 di Mabprachan Reservoir Regatta Course Pattaya, Chonburi Penganjurkan ini disebabkan negara Laos yang menjadi tuan rumah Sukan SEA 2009, tidak menawarkan acara mendayung mahupun menganjurkan kejohanan ini di peringkat Asia Tenggara.

Sehubungan itu, pihak Persatuan Mendayung dan Kenu Thailand (Rowing and Canoeing Association of Thailand) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kejohanan ini. Berkat usaha sama ahli-ahli SEARF kejohanan ini telah berjalan dengan jayanya.

Bagi kejohanan kali ini, PERDAMA mengambil langkah menggabungkan pasukan daripada dua university (Universiti Teknologi Malaysia-UTM dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia-UTHM) berdasarkan prestasi atlet di sukan MASUM 2009. Selain itu, pasukan junior dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (SSAS) diberi peluang beraksi di peringkat antarabangsa sebagai salah satu langkah memastikan kesinambungan atlet di masa hadapan.

Senarai Atlit Malaysia Mengikut Acara :
LM2X B Mohd Azhar Adhman
S Muhamad Imran Muhamad
R –

LM4- B Mohd Azhar Adhman
2 Shahrul Izham Ma’amor
3 Mazlie Daham
S Mohamad Ridzuan Abd
R Muhamad Imran Muhamad
R –

JM1X 1 Afiq Asyraf Abdul Malik

JM2- B Muhammad Azhan Aziz
S Syamil Zainon
R –

M8+ B Safwan Mat Jani
2 Ahmad Al Farooq Ahmad
3 Han Weng Eng
4 Mohd Marwan Nur Anuar
5 Sella Kumaran Subramaniam
6 Low Boon Chuan
7 Mahatdir Zakaria
S Mohd Zulfadli Rozali
C Khoo Kah Beng
R Mohd Arif Faizal Anuar

LW1X 1 Adila Mohd Khalidi

W2X B Noor Nabilah Abdullah
S Siti Halijah Md Puji
R –

W4- B Nurul Hana Jamaludin
2 Stephanie Lau Lee Sze
3 Siti Jalilah Ahmad
S Suzana Abdul Latif
R Aminnur Hayati Zaiman
R Nurul Nadiah Aziz

Objektif pertandingan kali ini adalah pendedahan kepada kebanyakan atlit yang mana rata-rata daripada mereka pertama kali mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, tiada sasaran pingat tertentu. Harapannya adalah para atlet benar-benar mengambil iktibar dan menjadikan pertandingan ini pengalaman berharga buat bekalan persediaan Sukan Sea 2011, Indonesia.

INSIDEN PAHIT
Insiden pahit menimpa pasukan Men Eight negara di mana para pendayung diwakili oleh pasukan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). Berlaku masalah teknikal di mana tempat duduk salah seorang pendayung pecah melepasi boya 100m dari garis permulaan. Ini menyebabkan pasukan tersebut terpaksa meneruskan pertandingan dengan 7 pendayung sahaja. Mengikut undang-undang pertandingan, jika berlaku masalah teknikal sebelum 100m perlumbaan boleh dimulakan semula. Tetapi jika sudah melepasi boya 100m tersebut tiada apa boleh dilakukan kecuali menghabiskan perlawanan.

Memang tidak banyak boleh dilakukan dengan keadaan bot “eight” yang kurang memuaskan. Selain terdapat kebocoran, alat gantinya juga sukar didapati. Ditambah pula Thailand hanya mempunyai satu bot “eight” sahaja. Dengan itu, telah diputuskan dalam mesyuarat pengurus pasukan kaedah pertandingan adalah melalui sistem “time trial”. Tidak dinafikan kaedah ini punya pro dan kontra. Malaysia mendapat giliran pertama dan pemeriksaan sudah dilakukan ke atas bot. Apa jua yang berlaku sudah menjadi ketentuan. Kekecewaan jelas dipamer para pendayung namun mereka redha dan menerima keputusan. Yang pasti, tersemat azam yang lebih kuat di setiap sanubari mereka. Jadi saya harap mereka lebih bersedia di masa akan datang.

POST MORTEM
Banyak sekali yang ingin diperkatakan mengenai pertandingan kali ini. Laporan lengkap bakal diserahkan kepada PERDAMA. Pasukan UTM M4- beraksi cemerlang ketika di Varsity Boat Race menang mudah dengan catatan masa 7:10.43 namun gagal menyerlah di SEARF kerana salah seorang pendayung tidak layak mewakili acara Lightweight Men Coxless Four (LM4-). Disebabkan itu mereka terpaksa menggunakan khidmat salah seorang pendayung Lightweight Men Double Scull (LM2X). Jadi kekuatan mereka belum benar-benar teruji bilamana berdepan dengan pasukan negara lain seperti Thailand yang mencatatkan masa 6:50.54. Paling menyerlah, Vietnam benar-benar menunjukan taring dengan memenangi acara ini dengan catatan masa 6:23.40 dicabar sengit oleh Indonesia dengan catatan masa 6:23.83.

Saya ingin menarik perhatian anda dengan merujuk kepada perbandingan di bawah. Lapan tahun lepas Vietnam ketinggalan di tempat terakhir ketika SEA GAMES KL 2001. Kini, mereka bangkit menduduki tempat pertama dan bersedia untuk menggalas cabaran ke Asian Rowing Championship, Yilan, Taiwan yang sedang berlangsung ketika ini.

Soalannya, di manakah Malaysia sekarang? Di manakah kita di Sea Games akan datang?

Jumlah kutipan pingat di SEARF Rowing Championship, 2009.

Jumlah kutipan pingat ketika SEA GAMES 2001, KL.

Leave a Comment

nama baru blog…

Sebenarnya ini kali kedua saya menukar nama blog ini. Saya tercari-cari nama blog yang lebih sesuai dan senang diingat paling penting bercirikan identiti malaysia. Saya sukakan perkataan dayung tetapi terasa kurang lengkap.

Ketika di dalam pesawat semasa pemergian ke Indonesia, saya terkenangkan Adam dan keletahnya. Belum pun menjejakkan kaki di tanah seberang kerinduan sudahpun menggunung. Manakan tidak, belum sempat menghilangkan rindu setelah kembali dari SEARF Rowing Championship di Thailand saya terbang pula ke Indonesia.

Semasa terkenangkan keletahnya inilah saya teringat perkataan-perkataan kegemaran adam. “Ebu..Ebu.. terbang terusss!” “Ebu…jalan terusss!” “Ebu…tendang teruss!!”. Begitu juga ketika Adam melayan permainan bola sepak bersama pamannya Zul. Meriah sekali dengan becok suaranya menjadi penonton dan penyokong. “Cepat tendang! Tendang! Tendang terussssss!GOL!” Jadi bagaimana kalau blog ini dinamakan www.dayung-terus.blogspot.com?

Namun begitu, bukan nama yang menjadi ukuran. Apa yang penting isinya bukan? Insya’ allah, saya akan berusaha menambahkan nilai blog ini supaya dapat memberi manfaat kepada anda.

Oleh itu, alamat baru blog ini akan dilancarkan pada tahun baru! Salam dayung.. dayung terus!

Leave a Comment