Skip to content

Bedar Sukma Bisu & Ilmu Pengaruh ~ Bukan Jampi Tapi Seni

Pagi ini aku menerima kiriman pos laju dari ujanailmu. Seperti biasa, perkhidmatan penghantaran yang cepat selalu menggembirakan aku. Dapat aku mengisi masa terluang dengan membaca buku-buku ini. Apatah lagi di hujung minggu.

Karya Faisal Tehrani sering mengujakan dan disorot dari pelbagai perspektif. Aku ternanti-nanti apakah sajian ceritanya kali ini akan mempengaruhi hidup dan mimpi seperti kebanyakan karyanya yang lain. Meski agak lewat, namun aku bersyukur kerana berjaya bermula kembali membaca. Aku teringat waktu zaman remaja, seringkali dimarahi ibu kerana sibuk membaca sehingga terlupa mengangkat jemuran atau menanak nasi. Hadiahnya, hehehe.. seulas cubitan di peha kadang-kadang dipulas telinga.

Kini, giliran Leonidas pula menjeruk rasa. Awal dulu aku senang hanyut ke alam sana, pasti aku terlupa seketika yang ditinggal di realiti. Beberapa kali Leo menegur, akhirnya aku akur. Aku membaca hanya apabila usai pekerjaan di rumah dan setelah memberi perhatian secukupnya pada Adam. Waktu kegemaran aku untuk membaca ketika di dalam kereta. Itulah satu-satunya waktu yang Leo berikan 100% kebebasan untuk masuk ke portal pengembaraan di dunia yang kucipta bersama pengarang. Katanya, itu lebih baik daripada aku tidur ketika dia memandu. Hehehe…

Ada juga kontranya, jika perjalanan waktu malam nah… apa yang dapat aku baca dlm gelap. Gantinya, tidur….

Oh.. satu lagi karya hidangan Syahrul Nizam Junaini, Ilmu Pengaruh ~ Bukan Jampi tapi Seni. Hiasan kulit bukunya sangat mistik dan menarik. Aku tergerak untuk membeli hasil promosi Sifu PTS di sini. Baru sahaja aku memulakan pembacaan di bab Musang, Anjing Pemburu dan Keldai. Menarik pendekatan yang digunakan. Tidak sabar untuk aku meneruskan pembacaan malam nanti sebelum beradu.

Oh! Aku teringat aku berhutang program latihan kepada Along Azhar, Kapten Rowing UTMJB. Kalau terlupa, pasti malam nanti aku akan menerima sms bertanyakan status.

Salam dayung! Ayuh! Dayung terusss….

Published inUlasan Buku

2 Comments

Leave a Reply to Mus Dahlan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *