Skip to content

Presiden MOM….

Aku terpanggil untuk menulis berkenaan isu pemilihan presiden MOM yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar dan media elektronik. Sukar untuk aku sembunyikan rasa kurang senang dengan calon yang ghairah mengumpul kedudukan setelah gagal mempertahankan kedudukan politiknya kebelakangan ini.

Seharusnya semua pihak perlu sedar Majlis Olimpik Malaysia perlu bebas dari segala unsur politik dan berkepentingan diri. Bukanlah aku terpengaruh dengan kempen yang lebih memihak Tengku Imran, tetapi sebagai calon kredebiliti anda semasa memegang tampuk persatuan lain menjadi ukuran.

Apa jadi dengan kes gangguan seksual yang menggegarkan KOAM tidak berapa lama dulu? Bagaimana atlit akan rasa terbela atau terjamin dengan hukuman ringan yang dikenakan atas pelakunya? Sekonyong-konyong Noraseela Khalid dilantik sebagai wakil atlit ke mesyuarat persatuan tetapi bak kata orang, rumah sudah siap tapi tukul masih berbunyi. Seolah-olah sekadar menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Bangkai tak nampak tapi baunya semerbak ke seluruh kampung.

Aku setuju jika perubahan pimpinan itu untuk menyuburkan idea-idea baru serta perlaksaan jitu. Tetapi apa yang boleh diharapkan selain daripada gelaran datuk? Apakah jasa dan keringat yang pernah dicurahkan? Apakah pengalaman yang boleh ditawarkan?

Cuba pula diteliti objektif penubuhan MOM seperti di bawah:
2.1.2 To be completely independent and autonomous and to resist all pressures of any kind, including those of a political, religions or economic nature.

Sapa yang boleh beri jaminan jika satu lagi pihak itu tidak akan mencampur-adukkan politik dan sukan? Tolong rujuk dan fahamkan 105 mukasurat “The Olympic Charter”.

Belum pun keputusan dicapai tetapi aku rasa aura kegelapan mula meliputi angkasaraya. Hanya hujan lebat yang boleh membersihkan segala noda dan kabut hitam.

Nota: Pandangan di atas adalah pandangan peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana badan atau persatuan. Harap maklum.

Terkini, Datuk Shahidan Kasim menarik diri dari bertanding. Harap mesej yang cuba disampaikan jelas diterima. Kami tidak perlukan politik yang berkepentingan diri dalam pembangunan sukan.

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *