Skip to content

JUNIOR: Alam Shah – Perkembangan terkini program

Program junior rowing yang bermula sabtu lepas nampak memberangsangkan. Pelajar-pelajar teruja dapat merasai pengalaman yang berbeza dari yang terhidang di Putrajaya. Perjalanan yang memakan masa selama lebih sejam berbaloi dengan dipenuhi aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

Sebanyak 40 peserta hadir. Menurut Cikgu Fadhil, terdapat satu pasukan rumah yang tidak dapat hadir berikutan masalah komunikasi. Beliau memberi jaminan pasukan rumah tersebut akan hadir pada sessi berikutnya.

Sesi pertama jam 10:00AM pada hari Sabtu yang lalu dimulakan dengan teori pengenalan mengenai bot dan peralatan yang dikendalikan oleh Coach Halim dengan dibantu oleh Wan. Manakala, teori teknik asas dan ergometer dikendalikan oleh Mus dan Madjai. Sesi ini berakhir jam 1:00PM untuk makan tengahari.

Pada sebelah petang, praktikal dimulakan seawal jam 2:00PM. Terdapat 4 bot yang digunakan dan 10 kumpulan yang akan turun berganti-ganti. Oleh itu, kumpulan yang tidak turun air didedahkan dengan praktikal di atas ergometre. Program latihan yang disediakan untuk mereka adalah 1000m x 2set.

Latihan di bot adalah pergerakan asas sukan sukan medayung. Manakala, latihan di ergometer bertujuan untuk memberikan gambaran asas tentang latihan di atas air. Pelajar juga didedahkan tentang kesilapan-kesilapan yang biasa berlaku, punca dan cara yang betul mengenai kaedah asas mendayung.

Untuk program ini, pelajar senior tingkatan 5 Mohd Hafizin Jamil yang juga merupakan Presiden Kelab Mendayung Alam Shah hadir memberi sokongan. Minat beliau yang mendalam kerana menyedari peluang penglibatan junior di peringkat antarabangsa. Kami akan menyediakan program latihan untuk mereka yang berminat berdasarkan ujian 2000m di ergometer. Hafizin cuba memperbaharui rekod awalnya 8:44.7 dan berjaya dengan rekod baru 8:43.8. Inisiatif ini diperhatikan oleh pelajar-pelajar tingakatan 4 di mana 2 orang tampil ingin membuat percubaan. Hasilnya, Mohd Fikri berjaya dengan rekod 8:43.2 dan Afiz Fazriz dengan rekod 8:53.4.

Berdasarkan rekod tersebut, program latihan Indoor Rowing dijana untuk kegunaan mereka. Semoga inisiatif ini akan menunjukkan teladan dan membuahkan hasil yang boleh dibanggakan suatu hari nanti.

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *